4 August 2012

Ragam Berpuasa

Assalamualaikum..

Diam tak diam sudah separuh Ramadhan kita lalui..
bulan mulia yang menjanjikan ganjaran yang lumayan.
sekiranya manusia berlumba-lumba untuk beribadat kepada-Nya..

********
Bila cakap pasal bulan puasa mesti ada bazar Ramadhan..
tempat untuk mendapatkan juadah berbuka dengan mudah..
yang penting kena ada duit..
manusia ghairah membeli..
dan kadangkala mereka tidak sedar bahawa itu boleh membawa kepada pembaziran..
senario itu sering berlaku dalam masyarakat kita.
si ibu yang pada mulanya datang dengan tangan kosong.
pulang dengan menjinjit barangan yang penuh ditangan.
tidak cukup dengan itu..
si ayah pula datang membantu ..

********
Aku diajar berpuasa seawal umur 7 tahun..
bab sahur paling liat nak bangun..
kadang-kadang tak sahur langsung sebab tak larat nak bangun.
maklah orang yang paling gigih kejut aku bangun sahur..
ada satu hari tu beliau kejutkan aku sampai 5-6 kali.
kadang-kadang tengah makan pun sempat tido..


camnilah gelagat aku time sahur.
pengalaman puasa masa kecik-kecik memang best..
lepas balik sekolah agama..
tukar baju terus pergi main dengan anak jiran sebelah rumah..
permainan yang top ketika itu ialah main baling tin..
tin susu disusun kemudian dibaling dengan selipar..
lepas tin tu jatuh, orang yang baling tu kena lari..
then kena susun balik tin tu..
sambil dikejar oleh pihak lawan..
korang nampak tak betapa penatnya permainan tu..
lepas terpekik telolong balik lah rumah..
mak pula suruh mandi..
time nilah ambil kesempatan kat bilik air..
sambil menyelam minum air..
memang kena betullah peribahasa tu dengan aku..
ada satu lagi cerita..
masa bulan puasa tu jugaklah rambutan mula berbuah lebat..
aku pun ghairah memetik..
suku masuk dalam baju..
dah selebihnya bagi kat mak..
then masuk dalam bilik, operasi pun bermula.
budak-budaklah katakan..
tak terlepas daripada melakukan kesilapan..
dulu masa kecik-kecik puasa setengah hari jep..
sebab tak tahan lagi..
kalau dengar azan zohor dah boleh buka..
kira azan zohor tu macam azan maghrib..

********
Bila dah dewasa, aku perhatikan gelagat anak buah aku pula..
saling tak tumpah macam mak sedaranya..heee
tapi aku rasa aku ok sikit kot..
berbanding mereka.
demand sungguh bila nak berbuka..
nak itulah..
nak inilah..
haishhh..
kesian dengan akak dengan abang aku melayan karenah mereka..
bila ke bazar, semua nak dibelinya..
aku kalau ke bazar, benda first yang aku nak beli ialah air..
time nilah nafsu membeli aku memuncak..
makanan tak beli pun tak apa..
asalkan beli air.
makanan mak masak lagi sedap..
kalau puasa ni semua makanan nampak sedap..
walaupun hakikatnya tidak.
air febret time puasa ialah cincau..
kalau hari biasa tak pandang sangat..
lagi satu febret ialah air katira..
aku tak tau korg tau ke tak pasal air ni.
air ni selalu boleh didapati di pasar malam dekat dengan rumah aku..

nilah air katira..sedap wooo..
kalau bab makanan aku tak kisah sangat..
sebab benda first yang aku sambar bila berbuka ialah air..
kadang-kadang dah 3 cawan air aku teguk baru menjamah makanan..

30 July 2012

Keunikan Johor

Assalamualaikum..

bertemu lagi di alam maya..
hari ni dengan bangganya aku nak merapu pasal negeri terchenta.
JOHOR DARUL TAKZIM.
negeri yang terletak di selatan tanah air.
tempat tumpah darahku..



meh aku terangkan serba sedikit mengenai bendera Johor ni..
lambang bulan dan bintang yang kaler putih tu melambangkan agama Islam 
dan juga kesultanan Johor yang berdaulat.
warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata mempertahanlan negeri..
warna biru melambangkan kesejagatan negeri..

********
sekarang ni aku nak cite mengenai keunikan Johor pada kaca mata aku..

1. loghat Johor
jika anda yang bukan berasal dari Johor perasan, bahasa yang kami gunakan agak pelik unik.
misalnya semua perkataan yang diakhiri dengan huruf AR akan bertukar kepada O
contohnya...
pagar ---> pago
bayar ---> bayo
pasar ---> paso
dan yang sekutu baginya lah..
contoh ayat..
Adam panjat pago sebab nak pegi paso naik kete beso pakai selipo jepun tapi tak ade duit nak bayo parking.

pada mulanya aku ingat semua orang guna loghat macam ni..
kecualilah negeri yang ada loghat tersendiri.
contohnya negeri utara dan seumpamanya.
bila aku masuk asrama
ada juga kawan aku gelakkan cara aku cakap
mereka kata tak pernah dengar orang lain cakap macam tu
pada masa tu lah baru aku sedar
yang Johor juga ada loghat sendiri.
tapi sekarang ni kalau aku cakap dengan orang yang bukan berasal dari Johor,
aku cakap macam biasa je.
bukan malu..
tapi dah terbiasa..

2. perkataan "anu"
bagi orang Johor perkataan ini bermaksud TOLONG, BUATKAN, atau GANTI NAMA KEPADA ORANG YANG TAK DIKENALI..
ini bukan perkataan lucah ye kawan-kawan..

antara dialog berkaitan..
"anukan lah"
dan bila aku gunakan perkataan ini
kawan aku kata aku cakap perkataan lucah..
sejak itu aku amat berhati-hati bila nak gunakan perkataan ni lagi..

3. "nak pergi Johor"
bila orang johor cakap "nak pergi Johor"
tu bermakna mereka nak pergi Johor Baharu.
bukannya nak pergi daerah-daerah lain..
macam Muar, Batu Pahat, Segamat dan lain-lain

4. "ek"
selalunya percakapan orang Johor diakhiri dengan perkataan "ek"
contohnya..
"kau nak pergi mana ek"
"bila kita nak makan ek"

sebenarnya banyak lagi keunikan Johor nak aku kongsikan
tapi mungkin pada entry yang lain..
tuntasnya, setiap negeri tu ada keunikan masing-masing.
kadang-kadang perkara tu mungkin biasa pada kita
tapi mungkin tidak pada orang lain.
contohnya ulat sagu..
ulat ni dimakan kalau dekat Sabah dan Serawak..
tapi kalau kat tempat aku ulat sagu ni digunakan sebagai umpan untuk memancing..
geli seyh bila tengok ulat ni..
badannya lembik..
kalau mak aku tengok confirm demam punya..






27 July 2012

Periodic Table

Assalamualaikum..

Hai..Salam Ramadhan yang ke-8.
Memandangkan aku ni student chemical engineering,
hari ni aku nak ajar korang mengenai periodic table..heee
menurut pak cik google,
dalam periodic table, setiap elemen disusun mengikut susunan yang tertentu

********
Sebenarnya kat sini aku nak cerita
macam mana nama UUN tu boleh wujud.
Masa mak aku mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari,
beliau selalu study pasal periodic table ni.
Sebab tu nama panggilan aku ialah UUN.
Mak aku ambil nama tu kat periodic table.
kalau korang tak caye,
cer tengok yang no 110 tu

sekarang dah caye ke belum??
aku tak tipu kan..kan??kan??

********
ok.cite kat atas tu sume tipu belaka.
tak ada maknanya mak aku tu nak study pasal benda alah ni
lebih baik baca surah lazim ketika mengandung
contohnya surah maryam..
actually nama uun tu tercetus berdasarkan nama aku jugak.
NURUL SHAHIDAH BINTI AHMAD.
masa kecik2 orang panggil aku nurul
tapi disebabkan aku ni pelat
nurul ---> yuyun.
ala..korang dulu pun pelat jugak kan..tak payahla nak gelakkan aku.
tak adanya lahir2 terus fasih bercakap.
nak dijadikan cerita,
bila dah besar tu tak adalah pelat lagi kan.
untuk mengekalkan nama tu, aku buang sume huruf y
yuyun ---> uun

********
 tapi kalau betullah mak aku amek nama sempena periodic table tu,
aku bersyukur sangat2 beliau amek uun
tak ke haru hidup aku kalau beliau amek nama MAGNESIUM??
MAGNESIUM NURUL SHAHIDAH
oh..tidak2..
pastu korang panggil aku MG..
OMG..

********
masa kat sekolah rendah dan menengah kawan2 aku still panggil aku unn
tapi bila aku sambung belajar kat mrsm
masa nak perkenalkan diri kat dalam kelas
aku pun terpikir
nama apa yang diorang nak panggil aku
so, aku decide aku nak diorang panggil aku IDA.
biarlah nama uun tu orang2 yang rapat je boleh guna
sampailah kat matrik
still ida lagi nama panggilan aku.
masa kat upm pun aku perkenalkan diri aku sebagai ida jugak
tapi bila kengkawan aku nampak fb aku tertera nama uun, banyaklah persoalan yang perlu aku jawab
and lastly, diorang pun panggil aku uun.







26 July 2012

I'm Newbie

Assalamualaikum..
Hari ni secara rasminya blog aku ditubuhkan. Bukan untuk meraih simpati. Dan semestinya bukan untuk meraih undi..OK aku sudah merapu.


Setiap insan tidak ketinggalan menghadapi tekanan untuk meneruskan hidup. Tanpa tekanan mungkin manusia akan hidup dalam keadaan yang selesa. Tetapi jika mengalami tekanan yang melampau juga boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu wujudlah blog ini supaya aku dapat mengimbangi tekanan atau lebih dikenali sebagai STRESS di kalangan para pelajar.


Mungkin cara penulisan aku dalam blog aku ni terlalu serius ataupun skema.. TAPI, sabar dulu. Sedikit demi sedikit karekter sebenar aku akan muncul.. Nantikan.
Tujuan asal TERwujudnya blog ni adalah untuk berkongsi apa yang ada kat dalam kapala otak aku ni. Yang kadang-kadang tak berapa nak betul nie.