4 August 2012

Ragam Berpuasa

Assalamualaikum..

Diam tak diam sudah separuh Ramadhan kita lalui..
bulan mulia yang menjanjikan ganjaran yang lumayan.
sekiranya manusia berlumba-lumba untuk beribadat kepada-Nya..

********
Bila cakap pasal bulan puasa mesti ada bazar Ramadhan..
tempat untuk mendapatkan juadah berbuka dengan mudah..
yang penting kena ada duit..
manusia ghairah membeli..
dan kadangkala mereka tidak sedar bahawa itu boleh membawa kepada pembaziran..
senario itu sering berlaku dalam masyarakat kita.
si ibu yang pada mulanya datang dengan tangan kosong.
pulang dengan menjinjit barangan yang penuh ditangan.
tidak cukup dengan itu..
si ayah pula datang membantu ..

********
Aku diajar berpuasa seawal umur 7 tahun..
bab sahur paling liat nak bangun..
kadang-kadang tak sahur langsung sebab tak larat nak bangun.
maklah orang yang paling gigih kejut aku bangun sahur..
ada satu hari tu beliau kejutkan aku sampai 5-6 kali.
kadang-kadang tengah makan pun sempat tido..


camnilah gelagat aku time sahur.
pengalaman puasa masa kecik-kecik memang best..
lepas balik sekolah agama..
tukar baju terus pergi main dengan anak jiran sebelah rumah..
permainan yang top ketika itu ialah main baling tin..
tin susu disusun kemudian dibaling dengan selipar..
lepas tin tu jatuh, orang yang baling tu kena lari..
then kena susun balik tin tu..
sambil dikejar oleh pihak lawan..
korang nampak tak betapa penatnya permainan tu..
lepas terpekik telolong balik lah rumah..
mak pula suruh mandi..
time nilah ambil kesempatan kat bilik air..
sambil menyelam minum air..
memang kena betullah peribahasa tu dengan aku..
ada satu lagi cerita..
masa bulan puasa tu jugaklah rambutan mula berbuah lebat..
aku pun ghairah memetik..
suku masuk dalam baju..
dah selebihnya bagi kat mak..
then masuk dalam bilik, operasi pun bermula.
budak-budaklah katakan..
tak terlepas daripada melakukan kesilapan..
dulu masa kecik-kecik puasa setengah hari jep..
sebab tak tahan lagi..
kalau dengar azan zohor dah boleh buka..
kira azan zohor tu macam azan maghrib..

********
Bila dah dewasa, aku perhatikan gelagat anak buah aku pula..
saling tak tumpah macam mak sedaranya..heee
tapi aku rasa aku ok sikit kot..
berbanding mereka.
demand sungguh bila nak berbuka..
nak itulah..
nak inilah..
haishhh..
kesian dengan akak dengan abang aku melayan karenah mereka..
bila ke bazar, semua nak dibelinya..
aku kalau ke bazar, benda first yang aku nak beli ialah air..
time nilah nafsu membeli aku memuncak..
makanan tak beli pun tak apa..
asalkan beli air.
makanan mak masak lagi sedap..
kalau puasa ni semua makanan nampak sedap..
walaupun hakikatnya tidak.
air febret time puasa ialah cincau..
kalau hari biasa tak pandang sangat..
lagi satu febret ialah air katira..
aku tak tau korg tau ke tak pasal air ni.
air ni selalu boleh didapati di pasar malam dekat dengan rumah aku..

nilah air katira..sedap wooo..
kalau bab makanan aku tak kisah sangat..
sebab benda first yang aku sambar bila berbuka ialah air..
kadang-kadang dah 3 cawan air aku teguk baru menjamah makanan..